SEJARAH KUALA PENYU

Daerah Kuala Penyu
Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Setompok yang membawa nama asal dengan sebutan "Setompok" telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu.
Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping menjimatkan masa perjalanan melalui Membakut/Pimping pengunjung juga berpeluang menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Setompok.
- Dipetik dari Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999

SALAH SATU MAKANAN ORANG KUALA PENYU


Sagu dikenali juga di dalam bahasa Dusun Tatana sebagai Pinantung dan bahasa Brunai sebagai ambuyat. Tepung sagu yang diperoleh dari pokok rumbia diproses untuk mendapatkan sagunya. Untuk membuat Pinantung, tepung sagu dalam kuantiti yang sederhana (bergantung kepada tahap kelaparan dan kerinduan terhadap makanan tradisi ini) dibubuh di dalam besen kecil dan dicampurkan dengan sedikit air serta digaul rata. Seterusnya air yang mendidih dituangkan ke dalam besen yang berisi tepung sagu yang dilarutkan dengan sedikit air tadi. Dengan suhu kepanasan air yang mendidih, pinantung akhirnya berjaya diproses.

Pinantung perlu dimakan dengan menggunakan sumpit. Sumpit adalah sejenis penyepit diperbuat daripada pelepah rumbia yang berbentuk "V". Selain daripada sumpit garpu juga boleh digunakan. Walau bagaimanapun, ada baiknya penggunaan sumpit digalakkan kerana, biarlah cara tradisi dilayan dengan alat tradisional.

Pinantung perlu di"sungkil"(proses menggunakan sumpit untuk menggulungpinantung) dengan menggunakan Sumpit. Sungkilan pinantung bergantung kepada si pemakan. Selalunya pihak lelaki suka membuat sungkilan yang sangat besar daripada saiz mulut mereka sendiri. Keadaan ini kadang-kadang merisaukan kerana si pemakan mungkin Nogulanan(tersedak)!! Walau bagiamanapun perkara ini sebenarnya hanya kerisauan mata kasar, ia tidak akan terjadi sedemikian kerana, gulungan pinantung tadi harus dicecah dengan kuah bambangan dan diseterusnya dimasukkan ke dalam mulut. Kebiasaaannya, pinantung ini terus ditelan dan jarang dikunyah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan