Daerah Kuala Penyu Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Setompok yang membawa nama asal dengan sebutan "Setompok" telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu. Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping menjimatkan masa perjalanan melalui Membakut/Pimping pengunjung juga berpeluang menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Setompok. - Dipetik dari Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999