Taman Pulau Tiga
Pulau Tiga, pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978.
Taman Negara pulau Tiga (sekarang
dikenali Taman Pulau Tiga) meliputi keluasan 39,000 ekar (15, 864 hektar).
Pulau Tiga sendiri, mempunyai keluasan 1,500 ekar (607 hektar), manakala
selebihnya adalah meliputi kawasan laut bunga karang termasuklah dua pulau
kecil yang dikenali sebagai Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit
(Pulau Ular).
Taman Pulau Tiga, terletak di kawasan Teluk
Kimanis, kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan Kuala Penyu adalah
merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu
kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan
menaiki bot dari Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih
kurang 25 minit. Para pelawat dari Kota Kinabalu atau W.P. Labuan, boleh
menggunakan speed boat (bot laju) dan biasanya memakan masa 90 minit.