Tarikh pertunangan
Tarikh pertunangan
ditetapkan mengikut persetujuan kedua-dua pihak. mereka memilih hari yang baik
untuk bertunang, seperti hari-hari yang bukan bikangan ganjil dan juga dalam
bulan yang baik.
Perbelanjaan bertunang
adalah memandangkan kedudukan keturunan siperempuan jika dia anak perempuan tua
(sulung) dari orang yang berkemampuan maka pertunangan dilangsungkan dengan
upacara penuh isitiadat.
Jika keturunan ibu
perempuan ada permintaan kerbau waktu bertunang maka anaknya mesti menuntut
sama.
Permintaan pertunangan
adalah seperti:
1.
Seekor kerbau atau babi
2.
Kain sepasang
3.
Sebentuk cincin emas
4.
Gelang emas
5.
Wang belanja dapur
(kadar mengikut berapa yang patut)
6.
Wang talak sebanyak
RM500.00 (lima ratus ringgit) dibayar
Perbelanjaan pertunangan
ditanggung oleh lelaki, setelah pasangan bertunang mereka tidak boleh membuat
hubungan sebelum berkahwin. Siperempuan tidak boleh sesuka hati pergi
kemana-mana kecuali diizinkan oleh tunangnya sekiranya perempuan ingkar dari
pertunangan mereka, maka dia didenda mengembalikan semua perbelanjaan waktu
bertunang, jika lelaki ingkar maka belanja pertunangan dikira hangus.